7 Julai 2013- Menjadi satu amalan di sekolah ini, Guru-guru sentiasa berganding bahu dalam usaha memberi kemudahan kepada murid-murid di sekolah ini. Antara perkara yang dibuat adalah bergotong royong membaiki sistem perpaipan yang pecah. Paip air jenis "poly " itu dipercayai pecah akibat cengkaman akar pokok terhadap paip tersebut. Justeru itu,
Kerja pembaikan paip yang bocor dimulakan dengan penebangan pokok yang menghalang kerja pembaikan paip tersebut..
|
Proses penebangan pokok kepada beberapa bahagian kecil |
|
Proses pengalihan pokok ketempat lain sedang giat dilakukan |
|
Guru-guru dan kakitangan bersama-sama menggembleng tenaga untuk memindahkan pokok yang telah ditebang |
Kerja-kerja pembaikan paip ini dijangka mengambil masa 2-3 hari untuk disiapkan. Ini kerana kerja pembaikian dilakukan selepas waktu persekolahan. Ini untuk memastikan proses pembelajaran murid-murid tidak terganggu.Oleh yang demikian, syabas diucapkan kepada semua guru dan pekerja SKPP atas usaha murni anda untuk membantu memulihkan prasarana sekolah untuk kemudahan anak-anak bangsa. Semoga Allah yang mampu membalas jasa dan keringat anda.
No comments:
Post a Comment