ALHAMDULILLAH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG SEKOLAH KAMI. HUBUNGI KAMI DI TALIAN 09-7714750 ATAU E-MEL KAMI skparang@gmail.com UNTUK SEBARANG CADANGAN/ PERTANYAAN /ADUAN.TERIMA KASIH

Sunday 7 July 2013

Gotong Royong

7 Julai 2013- Menjadi satu amalan  di sekolah ini, Guru-guru sentiasa berganding bahu dalam usaha memberi kemudahan kepada murid-murid di sekolah ini.  Antara perkara yang dibuat adalah bergotong royong membaiki sistem perpaipan yang  pecah. Paip air jenis "poly " itu dipercayai pecah akibat cengkaman akar pokok terhadap paip tersebut. Justeru itu, Kerja pembaikan paip yang bocor  dimulakan dengan penebangan pokok yang menghalang kerja pembaikan paip tersebut..

Proses penebangan pokok  kepada beberapa bahagian kecil 







Proses pengalihan pokok ketempat lain sedang giat dilakukan




Guru-guru dan kakitangan bersama-sama menggembleng tenaga untuk memindahkan pokok yang telah ditebang

Kerja-kerja pembaikan paip ini dijangka mengambil masa 2-3 hari untuk disiapkan. Ini kerana kerja pembaikian dilakukan selepas waktu persekolahan. Ini untuk memastikan proses pembelajaran murid-murid tidak terganggu.Oleh yang demikian, syabas diucapkan kepada semua guru dan pekerja SKPP atas usaha murni anda untuk membantu memulihkan prasarana sekolah untuk kemudahan anak-anak bangsa. Semoga Allah yang mampu membalas jasa dan keringat anda.


No comments:

Post a Comment