ALHAMDULILLAH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG SEKOLAH KAMI. HUBUNGI KAMI DI TALIAN 09-7714750 ATAU E-MEL KAMI skparang@gmail.com UNTUK SEBARANG CADANGAN/ PERTANYAAN /ADUAN.TERIMA KASIH

Sunday 13 March 2016

Keceriaan Kelas Abad 21

Kelas ataupun bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran serta merupakan aset penting bagi sesebuah sekolah. Dengan adanya bilik darjah, pengurusan bilik darjah juga perlu untuk memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Aspek aspek pengurusan termasuklah memastikan iklim dan persekitaran dalam bilik darjah yang kondusif. Suasana bilik darjah yang harmonis dan kondusif akan membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan seterusnya dapat mencetuskan idea yang bermutu di kalangan murid-murid
           Atas inisiatif dan pemuafakatan PIBG sekolah serta guru-guru, satu khidmat masyarakat telah dilancarkan iaitu aktiviti gotong royong mengecat bilik darjah di kalangan guru-guru dan warga SKPP. Dengan adanya bantuan dana yang di salurkan oleh pihak PIBG, dapatlah pihak sekolah khususnya guru-guru merealisasikan impian murid-murid untuk belajar dalam bilik darjah yang berwajah baharu. Aktiviti ini yang memakan masa selama 2 hari untuk disiapkan memerlukan komitmen yang tinggi dikalangan guru-guru.



Friday 11 March 2016

Latihan Kecemerlangan

Setelah hampir 2 bulan murid-murid memulakan persekolahan bagi tahun ini. Kini, murid-murid akan menduduki satu ujian yang sebelum ini  dikenali sebagai UBB dan kini ia telah di pinda kepada Latihan kecemerlangan .Latihan Kecemerlangan yang diadakan selama 4 hari ( 7 -10 febuari ) bagi murid tahap dua manakala bagi murid tahap satu selama 3 hari  bertujuan untuk menilai pencapaian murid-murid terhadap apa yang telah dipelajari.
            Justeru itu, dengan adanya Latihan Kecemerlangan seumpama ini ,besarlah harapan  pihak sekolah agar murid - murid dapat menterjemahkan kefahaman mereka kepada peningkatan peratusan pencapaian kepada sekolah. Untuk murid-murid teruskan perjuangan anda demi mencapai matlamat dan impian anda. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN