ALHAMDULILLAH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG SEKOLAH KAMI. HUBUNGI KAMI DI TALIAN 09-7714750 ATAU E-MEL KAMI skparang@gmail.com UNTUK SEBARANG CADANGAN/ PERTANYAAN /ADUAN.TERIMA KASIH

Sunday 13 March 2016

Keceriaan Kelas Abad 21

Kelas ataupun bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran serta merupakan aset penting bagi sesebuah sekolah. Dengan adanya bilik darjah, pengurusan bilik darjah juga perlu untuk memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Aspek aspek pengurusan termasuklah memastikan iklim dan persekitaran dalam bilik darjah yang kondusif. Suasana bilik darjah yang harmonis dan kondusif akan membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan seterusnya dapat mencetuskan idea yang bermutu di kalangan murid-murid
           Atas inisiatif dan pemuafakatan PIBG sekolah serta guru-guru, satu khidmat masyarakat telah dilancarkan iaitu aktiviti gotong royong mengecat bilik darjah di kalangan guru-guru dan warga SKPP. Dengan adanya bantuan dana yang di salurkan oleh pihak PIBG, dapatlah pihak sekolah khususnya guru-guru merealisasikan impian murid-murid untuk belajar dalam bilik darjah yang berwajah baharu. Aktiviti ini yang memakan masa selama 2 hari untuk disiapkan memerlukan komitmen yang tinggi dikalangan guru-guru.





Perubahan ini selaras dengan kehendak Pihak Kementerian Pendidikan yang mengkehendaki setiap bilik darjah pada hari ini menjurus kepada kelas  Pembelajaran Abad 21 ( PA21 ),  yang  mana lebih mesra murid ,  susunan kerusi meja , serta suasana kelas yang cantik dan menarik. Dengan terhasilnya bilik darjah seumpama itu, SKPP telah mengorak selangkah kedepan untuk menyahut seruan Pihak KPM untuk mrmastikan murid murid SKPP tidak ketinggalan dalam arus pemodenan pembelajaran dan setanding dengan murid di sekolah lain. Syabas warga SKPP khususnya Tn Guru Besar .



No comments:

Post a Comment