ALHAMDULILLAH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG SEKOLAH KAMI. HUBUNGI KAMI DI TALIAN 09-7714750 ATAU E-MEL KAMI skparang@gmail.com UNTUK SEBARANG CADANGAN/ PERTANYAAN /ADUAN.TERIMA KASIH

Friday 2 August 2013

Majlis Menyambut Guru Besar baharu SKPP

Detik 10.30 pagi , 21 hb Julai 2013 terpahat lagi dalam lipatan sejarah SKPP apabila menerima Puan Guru Besar Baharu iaitu Pn Syarifah Faridah Bt Syed Bulat. Beliau yang sebelum ini bertugas di  Unit Kokurikulum PPD Kota Bharu dan akan menyandang jawatan sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Parang Puting setelah Guru Besar yang lama bertukar ke SK Seri Bembam. Rombongan menghantar Guru Besar SKPP seramai 30 orang telah disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran oleh semua warga SKPP. Warga SKPP turut merasa berbesar hati dengan kedatangan Timbalan Pengarah Pendidikan Tn Hj Zahari Bin Daud ke majlis tersebut.



Majlis itu disambut dengan penuh meriah sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan Puan Guru Besar yang baharu. Perarakan bunga manggar oleh pengawas-pengawas sekolah sambil di iringi oleh guru-guru memberi isyarat yang jelas bahawa kerjasama yang erat di kalangan semua warga SKPP. Kami semua warga SKPP akan memberi kerjasama jitu yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan baharu sekolah. Marilah kita berdoa agar kepimpinan yang baharu ini akan terus melonjakkan nama SKPP dalam aspek kurikulum dan kokurikulum selaras dengan visi sekolah untuk menjadi sekolah cemerlang di Negeri Kelantan menjelang 2015.





UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN TIMBALAN PENGARAH ATAS KESUDIAN HADIR DALAM MAJLIS TERSEBUT.

No comments:

Post a Comment