Ucapan Perasmian kursus kepimpinan oleh GPK HEM |
Selepas rehat, Pemimpin Tunas melakukan aktiviti dalam berkumpulan (LDP) untuk mereka cipta logo kumpulan . Aktiviti seumpama ini boleh menerapkan sikap memimpin di kalangan Peminpin Tunas apabila setiap ahli kumpulan menyumbang saran idea bagi memastikan logo kumpulan yang dihasilkan berkualiti. Hasil dari perkongsian idea membina logo, peserta akan membentangkan hasil dapatan yang bertujuan untuk memberi keyakinan diri untuk berucap di khalayak ramai
Selepas mengharungi selama sehari kursus kepimpinan, Tanggal 21/2/2016, pelajar yang mengikuti kursus akhirnya dengan rasminya dilantik sebagai Pemimpin Tunas SK Parang Puting bagi tahun 2016. Penyampaian watikah pelantikan telah disempurnakan oleh Yang Setia Sarjan Tn Hj Mat Nuri B Abd Rahman , Bahagian Operasi Jenayah Balai Polis Pengkalan Chepa. Bacaan ikrar yang dilafazkan oleh Pemimpin Tunas menggambarkan mereka sedia membantu pihak sekolah serta guru-guru khususnya dalam memastikan persekitaran sekolah dan disiplin terkawal. Syabas dan ucapan tahniah kepada semua pemimpin tunas yang dilantik . Semoga dengan pelantikan ini , ia akan menjadi satu tonik buat pemimpin tunas untuk berbakti kepada sekolah dan seterusnya akan menaikkan nama sekolah dalam semua bidang.
Kenangan sekitar hari kursus kepimpinan
Dari sudut kanta lensa sepanjang majlis pelantikan
Sarjan Tn Hj Mat Nuri sedang menyampaikan ucapan perasmian |
No comments:
Post a Comment