Hari ini warga Sk Parang Puting berbesar hati menerima kunjungan dari Pegawai Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Kelantan dan Pejabat Pendidikan Kota Bharu ke bilik buku Teks ( BOSS) . . Pemantauan ini di ketuai oleh Pegawai KPM iaitu En Abd Razak b Mohamad dan En Shahrul Nizam b Zakaria. Pegawai dari JPN Kelantan pula di hadiri oleh Penyelia Pendidikan Kanan (Buku Teks ), En Muhammad Nor b. Ishak manakala Pegawai dari PPD Kota Bharu dihadiri oleh En Ashhan b Abdullah ( Penyelia Pend Kanan). Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan pembekalan yang diperuntukkan kepada sekolah mencukupi agar proses pembelajaran murid-murid tidak terganggu. Kami Warga SKPP mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingg diatas keprihatinan dan kecaknaan pihak KPM, JPN Kelantan dan PPD Kota Bharu terhadap keperluan buku teks di sekolah kami
Pegawai KPM, JPN, PPD bersama Tn Guru Besar Tn Hj Mohd Fauzi Bin Ismail menandatangani buku pelawat di Pejabat SKPP |
Proses Pemantauan Pembekalan Buku Teks di Bilik SPBT ( BOSS) |
No comments:
Post a Comment