Saat indah itu terasa cepat
berlalu, kini kami warga SKPP harus merelakan satu detik yang dinamakan perpisahan. Perpisahan adalah suatu yang amat sukar dinyatakan perasaannya… namun
perpisahan itu pasti muncul juga tidak kira dalam apa-apa bentuk . Bagi setiap
insan, tiada yang indah saat apabila tibanya perpisahan itu namun setiap yang bermula akan pasti ada perpisahan.
Ini lah realiti kehidupan yang telah direncanakan oleh Allah, munculnya tawa hilai pasti ada
tangisan, andai wujud kegembiraan pasti suatu ketika akan timbul kesedihan. Inilah
apa yang dirasakan oleh warga SKPP khususnya murid-murid apabila terpaksa
berpisah dengan guru-guru praktikum semester 7 dari IPG Kampus Kota Bharu yang telah menabur jasa selama 3 bulan di sekolah ini.
|
Berdiri dari kiri cikgu Naim dan cikgu Azmeer
Duduk dari kiri Ustazah Najwa, Ustz Hasanasiha dan cikgu Syumailah |
Mengimbau kembali saat langkah pertama guru-guru praktikum ke SKPP adalah dengan satu tujuan iaitu untuk mencari pengalaman mengajar untuk mendidik anak-anak bangsa. Dengan langkah yang bersemangat, 5 sahabat dari kampus IPG Kota Bharu iaitu Mohd Khair Naim , Azmeer firdaus , Syumailah , Najwa Hidayah dan Nor Hasanasiha memulakan tugasan praktikum di SKPP. Kami warga SKPP, berharap ilmu yang telah dikongsi dapat dipraktikkan sebaik mungkin serta memanfaatkan pengalaman agar halangan dan cabaran dapat diatasi terutama dalam mendidik anak-anak bangsa apabila secara rasmi bergelar guru . Kami semua mendoakan kejayaan anda semua dalam bidang perguruan khususnya dalam melahirkan insan yang cemerlang dalam semua bidang. Sekali lagi ribuan terima kasih dari kami warga SKPP atas sumbangan yang diberikan kepada sekolah dan anak-anak kampung Parang Puting. Terima kasih...terima kasih ....terima kasih.
Buah Pauh Delima Batu
Anak Sembilan di Tapak Tangan
Biarlah Jauh Beribu Batu
No comments:
Post a Comment