Jika ditanya apakah itu sejarah? Belum pasti setiap orang dapat merungkai dan memahami apa sebenarnya maksud sejarah itu. Yang pasti sejarah itu akan membicarakan kejadian-kejadian di masa lalu dan ia tidak membicarakan masa sekarang, yang sedang berlangsung, juga tidak mungkin membincangkan masa yang belum terjadi atau masa depan. Bertepatan dengan kata-kata pujangga
Semalam adalah sejarah
Hari ini adalah kenyataan
Esok adalah harapan
Justeru itu, untuk memastikan "sejarah" tetap akan dikenang oleh generasi muda, Panitia Sejarah SKPP telah mengadakan lawatan Sambil Belajar ke tempat bersejarah di sekitar Kota Bharu. Antara tumpuan lawatan pembelajaran kali ini adalah Memorial Perang Dunia Kedua ( Bank Kerapu) dan Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan ( Istana Jahar). Lawatan ini lebih menekankan kepada pembelajaran luar bilik darjah yang mana setiap murid di kehendaki mengumpul maklumat dari papan maklumat , kakitangan muzium dan memorial serta bahan edaran semasa lawatan .Dengan cara ini akan memberi gambaran sebenar, pandangan dan idea kepada murid berkaitan tentang peninggalan bahan sejarah khususnya bahan sejarah di Negeri Kelantan .
Kenangan bergambar di tempat bersejarah |
No comments:
Post a Comment