ALHAMDULILLAH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG SEKOLAH KAMI. HUBUNGI KAMI DI TALIAN 09-7714750 ATAU E-MEL KAMI skparang@gmail.com UNTUK SEBARANG CADANGAN/ PERTANYAAN /ADUAN.TERIMA KASIH

Thursday 18 February 2016

Bual Bicara Professional Learning Community (PLC)

PLC ? Apa itu PLC ? Itulah persoalan yang mula-mula bermain dibenak fikiran kami guru-guru. Dengan inisiatif Pihak Pentadbir SKPP khususnya Tn Guru Besar, telah mengambil langkah proaktif telah menjemput En Wan Badrudin B Wan Omar , Penolong Pengarah Sains Sektor Akademik dari JPN Kelantan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang PLC. Ini selaras dengan kehendak Kementerian dan Jabatan Negeri Kelantan yang mahu semua warga pendidik mengetahui aspirasi pendidikan masa kini. Dengan langkah yang penuh semangat, kami guru-guru melangkah gagah menuju ke bilik gerakan SKPP untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan PLC.
            Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yangkomited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka. PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada

·                     menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
·                     membina hubungan yang berkualiti
·                     mempunyai program yang sangat berfokus
·                     menggerakkan sumber-sumber sedia ada
·                     berkongsi kepimpinan


En Wan Badrudin ( baju biru) sedang memberi penerangan kepada guru-guru

 Dengan penerangan yang telah disampaikan oleh beliau, jelaslah bahawa sistem pendidikan kita memerlukan anjakan paradigma dari golongan pendidik di seluruh Malaysia. Kami warga SKPP amat berterima kasih kepada pihak JPN Kelantan serta Tn Guru Besar kerana sudi berkongsi ilmu yang bermanfaat serta memberi pendedahan kepada warga sekolah berkaitan hasrat kerajaan agar sistem pendidikan di Malaysia setaraf dengan negara -negara  lain.



Guru-guru tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Penceramah.



1 comment:

guru said...

Tahniah kepada semua warga SK Parang Puting, semoga SK Parang Puting akan terus berjaya dengan cemerlang, jangan lupa untuk melaksanakan PLC dengan menggunakan alat-alat kolaboratif (lesson study, learning walk, Teacher Sharing Session, Data Analysis, Video Critique dan Peer Coaching) yang telah di kongsikan

Post a Comment