ALHAMDULILLAH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG SEKOLAH KAMI. HUBUNGI KAMI DI TALIAN 09-7714750 ATAU E-MEL KAMI skparang@gmail.com UNTUK SEBARANG CADANGAN/ PERTANYAAN /ADUAN.TERIMA KASIH

Wednesday 17 February 2016

Gotong Royong warga SKPP

"Jom kita pakat mengecat bendera negeri -negeri pada tiang" Itulah ungkapan keramat warga SKPP untuk memastikan keceriaan sekolah dapat di kekalkan.
                 Aktiviti gotong royong mengecat bendera pada tiang merupakan satu aktiviti  yang seronok dilakukan . Tambahan pula  penglibatan semua guru dalam menggembleng tenaga agar persekitaran sekolah kelihatan cantik dan menarik. Aktiviti ini turut mendapat kerjasama yang padu daripada Tuan Guru Besar dan barisan Penolong Kanan.

Tn Guru Besar sedang mengecat salah satu bendera pada tiang

Objektif utama aktiviti seumpama ini bukan sahaja dapat merapatkan lagi hubungan semua warga SKPP malahan ia dapat meredakan tekanan bebanan kerja pada sebelah pagi. Permuafakatan seumpama ini memberi gambaran bahawa kami warga skpp sentiasa berganding bahu dalam menghadapi apa jua rintangan . Sekalung tahniah dan terima kasih buat semua warga skpp khususnya buat Tn Guru Besar Hj Mohd Fauzi B Ismail   yang sudi turut sama dalam aktiviti ini  . Semoga jasa dan pengorbana anda semua mendapat ganjaran dari Allah SWT.


Gambar sekitar aktiviti              















amboi, kyusuknya cikgu perempuan mengecat.
Guru praktikum turut sama membantu















No comments:

Post a Comment