ALHAMDULILLAH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG SEKOLAH KAMI. HUBUNGI KAMI DI TALIAN 09-7714750 ATAU E-MEL KAMI skparang@gmail.com UNTUK SEBARANG CADANGAN/ PERTANYAAN /ADUAN.TERIMA KASIH

Thursday 28 April 2016

Kenangan di SKPP

Saat indah itu terasa cepat berlalu,  kini kami  warga SKPP harus merelakan satu detik yang dinamakan  perpisahan. Perpisahan adalah suatu yang amat sukar dinyatakan perasaannya… namun perpisahan itu pasti muncul juga tidak kira dalam apa-apa bentuk . Bagi setiap insan, tiada yang indah saat apabila  tibanya perpisahan itu namun  setiap yang bermula akan pasti ada perpisahan. Ini lah realiti kehidupan yang telah direncanakan oleh  Allah, munculnya tawa hilai pasti ada tangisan, andai wujud kegembiraan pasti suatu ketika akan timbul kesedihan. Inilah apa yang dirasakan oleh warga SKPP khususnya murid-murid apabila terpaksa berpisah dengan guru-guru praktikum semester 7 dari IPG Kampus Kota Bharu yang telah menabur jasa selama 3 bulan di sekolah ini.

Berdiri dari kiri cikgu  Naim dan cikgu Azmeer
Duduk dari kiri Ustazah Najwa, Ustz Hasanasiha dan cikgu Syumailah

Mengimbau kembali saat  langkah pertama guru-guru praktikum  ke SKPP  adalah dengan satu tujuan iaitu untuk mencari pengalaman  mengajar  untuk mendidik anak-anak bangsa. Dengan langkah yang bersemangat, 5 sahabat dari kampus IPG Kota Bharu iaitu Mohd Khair Naim , Azmeer firdaus , Syumailah , Najwa Hidayah dan Nor Hasanasiha memulakan tugasan praktikum di SKPP. Kami warga SKPP, berharap ilmu yang telah dikongsi dapat dipraktikkan sebaik mungkin serta memanfaatkan  pengalaman agar halangan dan cabaran  dapat diatasi terutama dalam mendidik anak-anak bangsa apabila secara rasmi bergelar guru . Kami semua mendoakan kejayaan anda semua dalam bidang perguruan khususnya dalam melahirkan insan yang cemerlang dalam semua bidang. Sekali lagi ribuan terima kasih dari kami warga SKPP atas sumbangan yang diberikan kepada sekolah dan anak-anak kampung Parang Puting. Terima kasih...terima kasih ....terima kasih.


                                             Buah Pauh Delima Batu
                                            Anak Sembilan di Tapak Tangan
                                            Biarlah Jauh Beribu Batu
                                            Hilang dimata dihati Jangan




Telatah cikgu  praktikum



Sebagai menghargai sumbangan yang dihulurkan ,  pihak warga SKPP telah mengadakan majlis jamuan makan secara " Pok Lak @ PotLuck". Dengan adanya majlis seumpama ini , selain keakraban terjalin , ia memberi gambaran bahawa warga SKPP sentiasa menerima  guru praktikum dengan tangan yang terbuka dan hati yang penuh ikhlas. Semoga ukhwah yang terjalin ini akan terus subur dan akan kekal segar dalam ingatan.


Menyampaikan sedikit cenderahati kepada guru pembimbing  dan Guru Besar



Best ke Naim ?? Tengok le siapa yang hidangkan... Opsss.. nanti ada orang marah.. hehehehe



Malu ke Ustazah Hasanasihat ? Hehehe... Tgk Ustazah  Najwa tu maintain jew.. tapi
makan banyak,,,








No comments:

Post a Comment