ALHAMDULILLAH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG SEKOLAH KAMI. HUBUNGI KAMI DI TALIAN 09-7714750 ATAU E-MEL KAMI skparang@gmail.com UNTUK SEBARANG CADANGAN/ PERTANYAAN /ADUAN.TERIMA KASIH

Monday 18 April 2016

Lawatan Panitia Sejarah

Sering kita berbicara tentang  sesuatu cerita  di masa lampau samada ia  baik ataupun buruk, pahit atau manis, suka ataupun duka,  Itu semua asam garam dalam setiap kehidupan dan ia merupakan salah satu cerita yang kekal dalam lipatan sejarah hidup seseorang.  Sejarah sebenarnya bukanlah sesuatu yang baharu dalam kehidupan kita dan sering kali  kita bercerita tentang sejarah itu secara langsung dan tidak langsung.
              Jika ditanya apakah itu sejarah? Belum pasti setiap orang dapat merungkai  dan memahami apa sebenarnya maksud sejarah itu. Yang pasti  sejarah itu  akan  membicarakan kejadian-kejadian di masa lalu  dan ia tidak membicarakan masa sekarang, yang sedang berlangsung, juga tidak mungkin membincangkan masa yang belum terjadi atau masa depan. Bertepatan dengan kata-kata pujangga

                                                     Semalam adalah sejarah
                                                     Hari ini adalah kenyataan
                                                     Esok adalah harapan


Peserta lawatan Panitia Sejarah bergambar di Anjung Istana Jahar




Justeru itu, untuk memastikan "sejarah" tetap akan dikenang oleh generasi muda, Panitia Sejarah SKPP telah mengadakan lawatan Sambil Belajar ke tempat bersejarah di sekitar Kota Bharu. Antara tumpuan lawatan pembelajaran kali ini adalah Memorial Perang Dunia Kedua ( Bank Kerapu) dan Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan ( Istana Jahar). Lawatan  ini lebih menekankan kepada pembelajaran luar bilik darjah yang mana setiap murid di kehendaki mengumpul maklumat dari papan maklumat , kakitangan muzium dan memorial serta bahan edaran semasa lawatan .Dengan cara ini akan memberi gambaran sebenar, pandangan dan idea kepada murid berkaitan tentang peninggalan bahan sejarah khususnya bahan sejarah di Negeri Kelantan .



Kenangan bergambar di tempat bersejarah







No comments:

Post a Comment